Pilih apa yang anda risaukan. Tandakan risiko anda, isi beberapa maklumat asas, dan dapatkan analisis risiko percuma. Saya semak dan hubungi anda sendiri. Bukan pusat panggilan, bukan senarai pemasaran.
Pilih sekurang-kurangnya satu dulu.
Lengkapkan semua ruangan di atas dulu.
Isi nama, nombor telefon, dan tandakan persetujuan dulu.
Dapatkan angka sebenar sayaAnalisis penuh disediakan oleh Zulhafidz dan dihantar melalui WhatsApp. Anda boleh baca mesej dulu sebelum menghantar.
Dari mesej masuk sampai keputusan di tangan anda.
Maklumat asas anda masuk terus ke WhatsApp saya. Saya baca sendiri.
Ringkas sahaja, untuk faham keadaan anda dan cari masa yang sesuai.
Kita buka angka anda bersama di skrin. Anda nampak setiap andaian terbentuk dan boleh ubah mana yang tak tepat. Perlindungan perniagaan ambil lebih kurang setengah jam.
Kalau sesuai, saya hantar pautan permohonan. Kalau tidak, angka yang kita hasilkan tetap milik anda. Tiada susulan yang mengganggu.
Klien menyertai pada Jun 2023 pada RM102 sebulan. Tiga minggu kemudian: kemalangan motosikal, ICU. Bil akhir RM166,186.45. Takaful menanggung RM165,399. Klien membayar RM787.45 dari poket sendiri.
Satu caruman sebanyak RM181 telah dibuat. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.
Empat bulan caruman pada RM100 sebulan. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.
Nama dan dokumen disimpan sulit atas permintaan famili. Setiap tuntutan tertakluk pada terma sijil masing-masing. Angka ini bukan jaminan hasil untuk kes lain.
Membantu keluarga dan pemilik perniagaan di Malaysia merancang perlindungan, perwarisan dan kesinambungan, supaya apa yang dibina sampai kepada orang yang sepatutnya, dengan cepat dan jelas.
Saya nyatakan terus terang: saya seorang ejen berlesen, bukan portal perbandingan bebas. Analisis di laman ini percuma dan tiada ikatan.
Semakan dan sesi dalam talian percuma, tiada syarat. Saya dibayar komisen hanya jika anda akhirnya memilih untuk menyertai satu pelan melalui saya. Keputusan itu milik anda sepenuhnya.
Belum boleh dijawab dari laman ini, dan sesiapa yang beri angka tanpa tahu umur serta kesihatan anda sedang meneka. Hantar maklumat asas, saya sediakan sebut harga sebenar, percuma.
Laman ini tidak menghantar apa-apa ke mana-mana pelayan. Butang terakhir membuka WhatsApp di telefon anda dengan mesej yang sudah siap. Anda baca dan edit dulu sebelum hantar. Mesej itu datang kepada saya sahaja.
Berguna, malah selalunya paling berguna untuk orang yang dah ada. Perlindungan yang dibeli lapan tahun lalu diukur dengan kos hidup lapan tahun lalu. Kita semak sama ada ia masih mencukupi.
Laman ini untuk famili dan pemilik bisnes. Kalau anda ejen dan mahu alat untuk duduk dengan prospek dan kira bersama mereka, itu Meja Closing.
mejaclosing.com →